Friday, July 30, 2010

Soalan dan Kemusykilan Morfologi dan Lain-lain

Pertama:

PELAJAR: puan,saya ingin bertanya tentang kuliah yang diberikan pagi tadi..kenapa kita tidak meletakkan AN(K) untuk imbuhan -kan di akhir perkataan perkenalkan? bukankah puan memberitahu yang AN(K) untuk imbuhan akhiran & AF(K) untuk imbuhan awalan..saya memohon kemaafan andai menyusahkan puan untuk menerangkan kekeliruan saya ini..terima kasih..salam.
July 30 at 1:18am

Cadangkan satu penjelasan untuk mengatasi kekeliruan ini.

Kedua:

PELAJAR: Puan..saya tidak faham rajah pohon yg puan ajar td..mungkin saya tidak tahu istilah yg puan utarakan.. July 29 at 11:34am

DRY: bahagian yang mana anda faham???July 29 at 4:24pm

DRY: lupa pula..cuba jelaskan apa yang anda faham dalam beberapa ayat. dari situ baru saya tahu bahagian mana yang anda tidak faham...July 29 at 4:26pm

PELAJAR: Saya tidak faham,istilah yang dr.radiah nyatakn..saya sudah cuba faham,,sehingga sudah beli yang doktr tulis..saya nak bagi tahu ,hari jumaat lepas saya tidak datang..saya pergi hospial [NAMA HOSPITAL DRY RAHSIAKAN]..July 29 at 8:54pm

PELAJAR: Saya tidak faham,istilah yang dr.radiah nyatakn..saya sudah cuba faham,,sehingga sudah beli yang doktr tulis..saya nak bagi tahu ,hari jumaat lepas saya tidak datang..saya pergi hospial [NAMA HOSPITAL DRY RAHSIAKAN]..July 29 at 8:55pm

Cadangkan satu tindakan untuk perkara ini.

ketiga:

Saya [NAMA, NO MATRIKS, NO RUJUKAN DRY RAHSIAKAN] Tutorial Slot Khamis 12.00 - 1.00. Saya minta maaf kerana tidak hadir ke tutorial hari ini kerana saya tidak dapat mencari bilik tutorial tersebut. Saya telah pergi ke Bilik Makmal I di C24 namun pintu berkunci. Slot untuk waktu tersebut ada di jadual di puntu makmal tersebut tetapi berkunci. Adakah Dr. Radiah telah menukar waktu tutorial tersebut kerana waktu saya mendaftar slot tersebut hanya ada dalam dua ke tiga orang sahaja. Saya akan mengganti waktu hari ini dengan slot pagi besok.

Nyatakan tindakan yang telah diambil oleh Dr Radiah berkenaan perkara ini.



2 comments:

  1. assalamualaikum puan,saya semakin faham mengenai rajah pohon dan cara-cara membuat rumus dalam kuliah pagi tadi.terima kasih.
    nor fazida ahmad
    109730
    55

    ReplyDelete
  2. ain syafiqah binti mohamed anuar
    109686
    002

    ReplyDelete