Friday, July 9, 2010

Bentuk Panggilan dan Hormat - Ayahda Prof Emeritus Abdullah Hassan

Dialog 3

Pelayan wanita di gerai medan selera berhampiran Setesen Keretapi Ipoh (20 Julai 2002) datang mengambil pesanan makanan daripada sekumpulan pensyarah muda.

Pelayan wanita: Pak Cik nak makan apa?
Pensyarah: Panggillah kami Encik atau Tuan …
Pelayan wanita: Alah! orang pun ada bahasa … (sambil mencebik) )

Seperti dalam Dialog 2, memang wujud dengan meluasnya salah faham seperti ini. Ramai orang yang datang dari luar bandar memikirkan bentuk panggilan keluarga itulah panggilan hormat.

Ahli bahasa dan sistem kurikulum sekolah juga tidak memberi perhatian kepada budi bahasa seperti ini dalam mengajarkan bahasa Melayu. Itulah yang menyebabkan penjaga kereta lelaki dalam dialog 2, dan pelayan perempuan dalam Dialog 3 ’melawan’ pelanggan dengan mengatakan mereka juga ada budi bahasa.

Kita juga dapat membuat andaian daripada dialog 1, 2 dan 3 bahawa orang Melayu dari kampung merasa enggan memanggil orang Melayu sendiri sebagai Tuan, Puan, Encik, Cik dan Cik Puan.

Dialog yang berbudi bahasa.

Pelayan wanita: Encik (atau Tuan) sudahkah membuat pesanan?
Pelanggan: Belum, sekarang kami hendak pesa.
Baiklah: Encik hendak makan apa?
Pelanggan: Saya mahu makan .....

Memang ada dua masalah dalam hal ini.

1. Salah faham seperti in juga sering menjadi salah faham orang di bandar yang rata-rata menggunakan bentuk panggilan kampung di dalam konteks rasmi. Memang bentuk panggilan ini digunakan dalam bahasa basahan di antara ahli masyarakat di kedai-kedai, stesen bas, pejabat pos dll. Tetapi, dalam konteks yang rasmi, bentuk panggilan Kakak, Abang, Pak Cik, dan Mak Cik, tidak boleh digunakan.
2. Orang bukan Melayu, Cina, India, dan juga pendatang tanpa Izin dari Bangladesh, Myanmar, Thailand, termasuk Indonesia sudah mula menganggap inilah bentuk panggilan yang betul. Malah ada kalanya panggilan yang digunakan melanggar tatabahasa sosial bahasa Melayu.

Oleh sebab itu kita sudah mula mendengar dan menemui peristiwa-peristiwa
seperti berikut:

tarikh capaian: 9 Julai 2010

No comments:

Post a Comment