Intelektual Bahasa di IPTA/IPTS serta semua penulis dan penyair muda di media maya facebook)
Pedagang Bahasa dan Pejuang Sastera
Kita pedagang bahasa
berdagang kerana negara
mahu merdeka
bukan sahaja minda
malah juga bahasanya.
Pelajar-pelajar setia
berjaya memperkasa
bahasa ibunda
maruah sebuah bangsa
tetap teguh terpelihara.
Kita pejuang sastera
berjuang kerana bangsa
kepelusuk nusantara
mengerat salam berkarya
karangan bangsa mulia.
Anak negeri semua
berdoa sentiasa
perluas daerah bahasa
perluas wilayah sastera
dirgahayu bahtera merdeka.
Nukilan: Ramlee(Nakhoda)
tarikh capaian: 13 Julai 2010
No comments:
Post a Comment