Friday, July 23, 2010

PERSONAL, SEOUL: Seoul Forest, Jungnangcheon(Stream), COEX

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=789696, http://www.coex.co.kr/eng/, http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264335

Nasihat pertama: bila dalam maklumat kata, jalan kaki 5 minit dari stesen, maknanya 20-30 minit, kalau tak sesat...

anak panah selalu mengelirukan, nama tempat dalam bahasa korea, atau tiba-tiba sign untuk sesuatu arah mati dan menyebabkan kita tercari-cari

jumpa seoul forest, lepas dah terlajak ke depan lebih kurang 10 minit.. bila patah balik, baru nampak nama ''seoul forest parking lot' masuk ikut parking lot, baru jumpa the park...

di visitor center, spt biasa, ayam dan itik bercakap... yang tau 'yogi' je.. lain, main agak2 berdasarkan arah tangan pegawai bertugas... pegawai ni beria-ia menjelaskan dalam bahasa korea dia... kita main angguk je...last-last gamsahamnida..

puas la jalan satu forest, yang tak forest..kalau ikutkan hutan di malaysia la... pokok jarang2, dan botak2...

dah pusing satu taman, cari lak eco forest ... bila jumpa, terus jalan atas jejantas.. kat seoul ni bukan kata jambatan banyak, jejantas pun banyak.. jejantas ni ada iras2 jambatan p.pinang, tp saiz kecik..

jalan sampai jumpa sg han..

jalan ke kanan jejantas, sg han bertemu dengan sg jungnang... ingat ini sg cheonggye yang cantik tu, rupanya salah sungai.. boleh la tahan fasilitas kat tebing sungai ni, tandas, tempat duduk, gim ada.. ada jambatan untuk pejalan kaki dan pengguna basikal

dari sungai ni, cari oksu station, dari jambatan ni.. 1.3 km kata sign tu.. tp dalam musim sejuk, kean darab banyak km.. sebab sejok..

yg tak sedapnya, ada aje nenek korea potong kita... dah le tu, bongkok sabut n bertongkat pulak.. memalukan umat je.. laju nenek ni berjalan... tak tekejo kita dibuatnya...

bila sampai sign oksu station, tengok ada banyak tangga n tinggi la nak ke atas... sabo je... naik ajela..

dari oksu, terus pergi COEX... dalam ni pun sesat jugak.. punyele beso tempat ni... and banyak yang hi class.. so window shop je.. nak makan minum pun kira dulu, berapa tinggal... last2 makan kat gangbyeon - murah...tmpt biasa - odeng, apom kecik kacang merah, and kueh bulat2...

by the time bus 1117 sampai - dah 7.30 n tiba apt su'ad 9 mlm... su'ad pn dah tido... it's 11.15 seoul time and i am still wide awake.. budak kat atas - tingkat 13 - tengah operasi kawad... kang budak ni tak pasal2 je kena jolok batang mop... ni anak dia, ke bapak dia yang kawad.. sabo..sabo...sabo...sabo...tarek napas...

kak long, angah, uda, mokde - tengok le link yang longodi sediakan..
Monday, December 21, 2009 at 9:16pm

No comments:

Post a Comment