Cintamu Natrah
Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi
Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati
Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi
Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.
Puisi: Fatini & Ahmad
Lagu: Ahmad Ramli
Sumber: http://puisiahmadramli.blogspot.com/2010/05/cintamu-natrah.html
Saya mengetahui serba sedikit tentang kisah hidup Natrah,tetapi kalau boleh saya berharap Puan dapat menceritakan dengan lebih terperinci mengenai kisah hidup dan latar belakang Natrah yang sebenar samada di dalam kuliah mahupun di dalam blog sahaja kerana saya amat berminat untuk mengetahuinya.Terima kasih.(131)
ReplyDelete