Buat ape tu, Bah?
Gaul deghian..
Banyak ni je ke, Bah?
Tu bawah meje, ade lagi. Habes kang Abah gaul lagi.
Bahan-bahannya ialah durian + nasi + gula + air suam
Ini antara makanan ruji ahli keluarga kita orang, bila tiba musim durian. Lebih enak sebenarnya kalau digaul sampai sebati dengan tangan, bukan dengan sudu, gerpu, senduk dan segala macam alat masak moden.
Aim dah turunkan resipi ni pada anak-anak dia. Lagi hebat, dia masukkan dalam peti ais lagi.
Dan bila dah habes makan, jangan cuci tangan dulu. Jilat apa-apa yang patot sampai berseh tangan. Fuh! Sedaaaaaaaaaaaapnya....
Dan jangan lupa, mesti minom air dalam kulet durian. Petua Mak, Abah, Atok untuk elak panas badan. Tak tau la betol ke tak betol. Tak gi lak buat test kat lab.
Saintis kat USM dan universiti2 penyelidikan lain mesti cuba kaji benda ni. Mana tau leh bagi Malaysia menang hadiah nobel untuk kesihatan. Tak payah dah beli air badak sumbu, kaki tiga atau eno. Beli kulet durian je untuk redakan panas badan.
Cuma terpiker lak, bersih ke kulet durian yang kat luo tu. Buatnya dia orang kumpol kat tong sampah. Tak payah, baik beli durian betol, kopek. Isi makan, kulit simpan.
Di Taiping ni, durian Batu Kurau famous. Abah pun rajen ke sana cari durian. kalau tak ada, Abah beli kat depan sekolah Georgie je. Tapi mahal le siket.
Dalam umah kita orang ni, Mak ngan Adik je tak suka durian, yang lain, hantuuuuuuu. Tolak tepi la lepas makan tu, kepala rase nak tercabot atau nyut nyut nyut.
Aim lagi untong. Kawasan belakang rumah dia ada tanam durian. Fresh from d pokoks. Yang ni makan la empat lima bakol, tak jadi apa. So far la. In the future tak tau lak apa jadi;)
Lagi satu, Mak akan rebuskan bijik durian untok kita orang. Ni pun sedap gak. Tambah bila lende-lender dia keluo. Keje Abah lak buang kulet kat bijik durian tu. Abes buang kulet, Abah ato dalam pinggan. Anak-anak tukang makan je. Yang ni sampai kita orang beso pun Abah rajen buat gak. Abah tau anak dia rajen-rajen.^^
Sekali-sekali Mak buatlah bubor kacang durian untok kita orang. Mak tak buat selalu, sebab Mak tak suka durian.
Tempoyak ada jugak Mak, Abah buat. Tapi selalu tak banyak. Sebab Mak tak suka. Tempoyak Abah selalu buat sambal. Bab-bab sambal tempoyak ni Abah yang slalu incaj. Untuk anak-anak yang tak tahan pedas, gula ngan lada sama banyak. Kih3x. Silap haribulan gula lebih lagi. Main suap ngan sudu je. Tengok jenis lada.
Kenapa Odi tulis tentang durian ni. Sebab di Taiping dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannye dah ada durian. Cuma tengah mahal siket, sbb tak berapa menjadi. Hujan turon telebeh siket musim ni.
Tapi ada satu tahon tu luar biasa betol. Tahon yang Abah meninggal. Tiap-tiap hari ada je durian tahon tu. Tak tau dari mana datang. Ada je ration Abah. Balik je Abah, mesti ada durian dalam moto dia. Macam semua pokok durian tau Abah nak pergi. Kita orang je yang tak sedar. Kira kalau bab durian ni, memang tak ada ghalatnya, yang ghalat bab lain. Itu nanti Odi sambung waktu lain.
Tapi sebab utamanya Odi tulis kali ni: Abah sukaaaaaaaa sangat-sangat durian, sampai Odi pernah kata: Abah pantangla Bah. Masok hospital Abah tak endak. Kalau Abah takot tak dapat makan durian, tak pe. Nanti Odi blend, anto pada Abah pakai straw. Abah senyom je... Odi, well...nyesal tak sudah, sebabnye: kaso bahasa......
Friday, July 2, 2010 at 8:28am
No comments:
Post a Comment