Mereka dikenali dengan nama 'renjer hutan' yang diamanahkan untuk mengurus, memantau dan mengawal khazanah hutan Semenanjung Malaysia, dan mereka juga insan yang memecah kesunyian di hutan, berseorangan di dalam hutan tebal yang penuh dengan liku-liku cabaran.
(sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=514050, 22 Julai 2010)
***Lihat apa yang terletak sebelum dan selepas sesuatu kata nama. Dan abaikan kata adjektif, kata adverba dan kata-kata lain yang menghalang atau mengganggu analisis anda. Contohnya, dalam 'mengawal khazanah hutan Semenanjung Malaysia', binaan 'hutan Semenanjung Malaysia' boleh diabaikan kerana unsur utama dalam frasa nama 'khazanah hutan Semenanjung Malaysia'ialah 'khazanah'.
UJIAN 1
RUMUS/PERATURAN/FORMULA: KKT + KN = Kata Kerja Transitif diikuti oleh Kata Nama
(i) mengawal + khazanah = Kata Kerja Transitif 'mengawal' diikuti oleh Kata Nama 'khazanah'
(ii) memecah + kesunyian = Kata Kerja Transitif 'memecah' diikuti oleh Kata Nama 'kesunyian'
UJIAN 2
RUMUS/PERATURAN/FORMULA: KPREP + KN = Kata Preposisi diikuti oleh Kata Nama
(i) di + hutan = Kata Preposisi 'di' diikuti oleh Kata Nama 'hutan'
(ii) di dalam + hutan = Kata Preposisi MWE 'di dalam' diikuti oleh Kata Nama 'hutan'
(di dalam hutan <> in the jungle: maklumat antara bahasa atau interlingua)
(iii) dengan + liku-liku = Kata Preposisi 'dengan' diikuti oleh Kata Nama 'liku-liku'
[NOTA: Nanti kita akan lihat bahawa rumus/peraturan/formula ini berubah menjadi KPREP + FN.]
SOALAN:
(i) Gunakan petikan dari BERNAMA sebagai data. Nyatakan formula untuk ujian lain yang boleh digunakan untuk menentukan kata nama dalam data ini.
(ii) Semak golongan kata yang diberikan untuk 'khazanah', 'kesunyian', 'hutan' dan 'liku-liku' oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu di http://prpm.dbp.gov.my/. Adakah ia sama dengan apa yang diperlihatkan oleh ujian kita? Berikan justifikasi kepada perbezaan atau persamaan penggolongan kata melalui ujian dan melalui penetapan kamus.
[NOTA: Tidak perlu dihantar, tapi perlu bersiap sedia untuk kelas esok. Manalah tahu DRY terpanggil Emi, Salleh, Fiza, Dzuha, Kak Nyah, Navin, Radzi, Nadia, Shikin, tidak termasuk nombor-nombor kesukaannya.^__^]
No comments:
Post a Comment