Pagi ini, keluar awal dengan Su'ad ke HUFS sebab perlu cetak kupon diskaun untuk 'JUMP' - 10%. Nampak sikit, tapi bila bajet dah terkucil, 10% nampak besar yang amat-amat.
Cuaca nampak macam mendung. Ikut ramalan cuaca, dia kata mendung berawan. Tapi kalau berdasarkan pengalaman di Malaysia, macam jerebu,sebab keadaan kesamaran wujud dari tanah sampai ke langit, dan tak ada sempadan lelangit.
Yang bagusnya, hari ini tak berapa sejuk...jangan2 ada kesan rumah hijau, bukan rumah taman sri hijau ye..
tunggu punya tunggu bas HUFS, tim - rakan sekerja su'ad - sampai. dia mengehon, kita orang buat dek je.. sampailah su'ad perasan - tim rupanya..
lega alhamdullillah..
sampai HUFS, cetak kupon, dan su'ad kenalkan reza dari iran pada odi..
su'ad pergi ngajo, odi masih mencetak.. bila dah siap terus ngemas barang, dan turun terus ke bawah bukit untuk tunggu bas, lupe nak cakap...bangunan su'ad kerja tu atas bukit...
naik bas 1117 turun di jamsil, bukan sebab apa...suka tandas dia bersih, dan cantik...sedap mata memandang, dan 'my butt likes it' [susah nak guna bahasa melayu - rasa tak sedap la - punggung saya sukainye...ish macam tak betol je]
sebab lapar sangat, terus gi dunkin donut - beli coklat panas dan 3 jenis donuy perasa strawberi, raspberi, dan lagi satu tu entah apa tak ingat tapi ada la ri-ri jugak hujung dia..
lepas makan, dari jamsil, naik tren ke Gyeongbokgung. tengok2 tempat yang tiba dulu ialah National Palace Museum of Korea. Dan percuma... odi memang sukakan benda2 yang percuma...
http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=268178 dan http://www.gogung.go.kr/eng/index.jsp
maka masuklah ... dalam ni teringat, kalau raja2 kat malaysia tak jaga betol2 rakyat dia orang, agak2nya satu hari nanti dia orang akan jadi macam raja2 di korea - kenang2an di muzium, yang tinggal gambar, replika..
dan sebab tak ada raja, keluarga diraja, dan bangsawan, terpaksalah buat lakonan semula segala adat2 yang melibatkan istana..
sekadar rakyat perlu mengetahui kepentingan raja untuk orang melayu tidak mencukupi, raja melayu juga perlu tahu kepentingan orang melayu untuk mereka... jika tidak, apa yang berlaku di korea tidak mustahil ... selepas 600 tahun, kerajaan beraja tinggal di muzium....
alamak serius lak, tapi itu la kesan tengok muzium dan istana2 di raja...
lepas pergi muzium ni, baru masuk istana... memang gah , mana tak gah 3000won... tiket masuknye..
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264337 dan http://www.royalpalace.go.kr/html/eng/main/sitemap.jsp
kawasan dia luas, tapi semuanya tinggal sebagai bahan sejarah untuk ditonton kepada umum... tak ada penghuni yang sewajarnya, kecuali staf muzium..
dah habis, terus pergi ke stesen tren..aleh2 ada cerita tentang maharaja sejong - the story of king sejong http://english.seoul.go.kr/gtk/news/news_view.php?idx=7221
http://en.wikipedia.org/wiki/Sejong_the_Great, http://wiki.d-addicts.com/Dae_Wang_Sejong, http://www.asiasociety.org/countries-history/traditions/king-sejong-great
dah habis, tengok 'jump' - 36000won... bengkok, tapi ndak gak tengok... rasanya nanta lagi sedap...
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_2_3.jsp?cid=292737
habis je tengok, cepat2 jalan balik, takut terlepas bas - su'ad kata bas akhir pukul 12.00 mlm.. sampai gangbyeon, terus lari kejar bas.. bas tak ada lagi, tunggu tak lama - 1117 sampai terus je naik... ketuhar gelombang lagi... bukak je baju selai selai, sampai tinggal dua lapis je... nasib baik le baju yang tinggal tangan panjang... kalau singlet je, alamat kena tahan panas gak le...
alhamdulliilah odi sampai rumah su'ad lagi lima minit pukul 12.00... kesian lak pd su'ad.. kene kejot, sbb pintu tak leh bukak.. odi pun dah takut sebenornya... mula la segala cerita seram korea terbayang.. balik tadi pun dah ikut jalan jauh, tak naik tangga... naik lif pun mencangkung sebab dinding ada cermin, pintu lif bercermin... terbayang macam2... dah le melawat segala tempat lama... lampu depan apt su'ad lak auto...jap2 padam, jap2 padam... ingat kena bawak lampu suluh lain kali...
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_2_3.jsp?cat=2&area&dateStart=12-01-2009&startDate=20091201&dateEnd&endDate&keyword&category&areaCode&gotoPage=2&stype&cid=684044&out_service dan http://www.yegam.com/jump/eng/
Kenapa Odi tulis dalam bahasa Melayu - sebab terkesan dari penggunaaan bahasa ibunda orang Korea, sehinggakan 'orange' disebut sebagai 'orenji'..kalau sebut 'orange', tak ada orang Korea yang faham kecuali mereka yang benar-benar mahir menuturkan bahasa Inggeris.... ini Su'ad punya pasal la ni...nak guna bahasa Melayu..letih otak mikirkan apa sebenarnya perkataan bahasa Melayu, kalau rojak kan senang... kalau sms lagi le senang...
dugaan...
Thursday, December 24, 2009 at 12:27am
No comments:
Post a Comment