DI JANDA BAIK, kami berkata begini!!!
Pada minggu hadapan adinda ipar saya Haji Ariffin dan isterinya Hajah Rosma akan mengadakan kenduri menyambut menantu. Saya ditugaskan menjemput beberapa orang kenalan dan kenamaan di Janda Baik. Jiran saya Haji Jamil dan isteri beliau Hajah Halimah mengajar saya berbahasa.
Kata mereka, "Apabila menjemput orang kampung di Janda Baik bagi menghadiri kenduri-kendara, terutama sekali kenduri kahwin, gunakan perkataan 'mengajak' bukan 'menjemput.' Kita mengajak mereka, dan tidak menjemput mereka. Letihlah kita pergi menjemput orang sekampung!!! Ya tidak ya juga!
Kedua, kata mereka, dan ini sangat penting, janganlah berkata "Saya hendak mengajak Tuan .... Jikalau kita hanya "hendak" mengajak, itu bermakna Tuan belum lagi mengajak. Baru "hendak" mengajak, oleh sebab itu kita belum "mengajak." Orang tidak akan datang! Sebutlah "Saya mengajak Tuan ..... seisi keluarga ..."
Betul juga. Rupa-rupanya, ada banyak gaya bahasa yang saya belum tahu!

tarikh capaian: 4 Julai 2010.
No comments:
Post a Comment