Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma ini, menjadi amalan sesama kita untuk menghantar kad ucapan kepada mereka yang kita kenali atau kasihi.
Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan agar anda yang belum menghantarkan kad ucapan supaya memulakan amalan menghantar ucapan secara maya melalui 'e-card', facebook, atau ruang komen paparan ini sebagai alternatif yang lebih mesra alam.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan batin. Semoga anda semua selamat tiba ke destinasi untuk bertemu mereka yang dirindui, dan semoga anda semua selamat kembali ke USM dengan anggota tubuh badan yang mencukupi, dan tidak kurang walaupun sejari.
Berhati-hati di mana-mana kerana anggota polis bertugas 24 jam dengan kamera jarak jauh*^_^*. Ingat, RM300 itu lebih baik digunakan untuk orang tersayang.^_~
radiah
tengahari makan ketupat,
ReplyDeleteDimakan pula dengan kari,
Ramadhan berlari Syawal dah dekat,
Jadi,Selamat Hari raya Aidilfitri..
Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita sama-sama berjuang dalam kelas HMA 101
Buat DR.RADIAH,moga sihat-sihat selalu..halalkan segala ilmu
moga Allah mempermudahkan jalan saya untuk ber"minor"kan Pengajian Bahasa Malaysia..InsyaAllah..Selamat Hari Raya Semua..
Siti Noor Kasanabilah Binti Kamarul Zaman
(112)
tengahari makan ketupat,
ReplyDeleteDimakan pula dengan kari,
Ramadhan berlari Syawal dah dekat,
Jadi,Selamat Hari raya Aidilfitri..
Minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita sama-sama berjuang dalam kelas HMA 101
Buat DR.RADIAH,moga sihat-sihat selalu..halalkan segala ilmu
moga Allah mempermudahkan jalan saya untuk ber"minor"kan Pengajian Bahasa Malaysia..InsyaAllah..Selamat Hari Raya Semua..
Siti Noor Kasanabilah Binti Kamarul Zaman
(112)
Lapar puasa terketar-ketar
ReplyDeleteBila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman di sini pun dah kira grand lah ya..!
:D
PUTERI NUR ERNALISSA BT ROMLI (105)
terima kasih atas doa puan..
ReplyDeleteAMIN...mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kita semua dan mendapat barakahnya..
Salam...saya Nur Sakinah Binti Pauzi. 109759, nombor rujukan 90, mengucapkan salam lebaran buat semua warga Hma 101 2010...terlanjur khilaf mohon maafkan...Ramadhan yang ditempuh dengan sabar ini pasti akan membawa 1001 keberkatan sempena Syawal kelak...InsyaALLAH..
ReplyDeleteKetupat inti berdaun palas,
Sedap dijamu seisi keluarga,
Selamat aidilfitri ucapku ikhlas
Silap bertamu maafi hendaknya.
Sekain..wassalam..(~_~)
Tanpa mengira miskin kaya,
ReplyDeletePangkat kedudukan hamba shaya,
Beramai-ramai menyambut raya,
Maaf-maafan di hari bahagia.
Tanpa mengira miskin kaya,
ReplyDeletePangkat kedudukan hamba shaya,
Beramai-ramai menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
REBECCA ANAK GERALD
NO.Rujukan:108
terima kasih kasa, puteri, sakinah, n rebecca. norleya, di mana pantun anda?^_*
ReplyDeleteSuasana meriah di Aidilfitri,
ReplyDeleteCantik anggun Falihin bergaya,
Sebulan sudah menahan diri,
Kini masanya kita beraya.
Sudah tersedia ketupat di meja,
Itu tandanya lebaran menjelma,
Di rumah nenda kami bersua,
Saling bermaafan seikhlas rela.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
NUR FALIHIN BINTI HAMMIS
No.Rujukan:83
Hari Raya menjelang tiba,
ReplyDeleteSambut dengan hilai dan tawa,
Ramai tetamu berkunjung tiba,
Makan sampai tak ingat dunia.
Makan ketupat di pagi raya,
Rendang ayam jangan dilupa,
bermaaf-maafanlah sesama kita,
Agar Aidilfitri ini penuh bermakna.
SELAMAT HARI RAYA KEPADA PUAN DAN RAKAN-RAKAN HMA 101.
MOHAMMAD ZAKUAN BIN MAT SALLEH
NO.RUJUKAN:29
Assalamualaikum... saya Mohammad Zakuan Bin Mat Salleh, bernombor matrik 109708 dan nombor rujukan 29. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Dr.Radiah dan semua warga HMA 101.Semoga selamat dalam perjalanan hendaknya.
ReplyDeleteMakan ketupat di pagi Raya,
Rendang ayam jangan dilupa,
Bermaaf-maafanlah sesama kita,
Agar Aidilfitri ini penuh bermakna.
Hari raya kita gembira,
ReplyDeleteMemberi-menerima sesama manusia,
Ingatlah juga insan derita,
Ketupatnya duka rendangnya air mata.
Pada pensyarah dan rakan semua,
Salam hormat maaf dipinta,
silap dan alpa bukan sengaja,
Moga mengukuh ukhuwah kita.
Sekian ^^
SALWANI BINTI OTHMAN
NO RUJUKAN:111
Assalamualaikum... Saya Mohammad Zakuan Bin Mat Salleh bernombor matrik 109708,nombor rujukan 29 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Dr.Radiah dan warga HMA101 amnya.
ReplyDeleteSemoga selamat dalam perjalanan hendaknya.
Hari Raya menjelang tiba,
Sambut dengan suka dan tawa,
Sanak-saudara berkunjung tiba,
Sambut dengan penuh mesra.
Makan ketupat di pagi Raya,
Rendang ayam jangan dilupa,
Bermaaf-maafanlah sesama kita,
Agar Aidilfitri ini penuh bermakna.
Hari Raya semakin tiba'
ReplyDeleteDengan hati gembira menyambutnya,
Tanpa mengira sesiapa,
Raihkanlah bersama-sama.
TING EE LUN
No.RUJUKAN:120
Berlalulah sudah ramadan,
ReplyDeletesebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan,
dengan rasa gembira.
anak muda di rantauan,
semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan,
bersyukur tak terkira.
hahaha..ni pantun sy..best x?best kn?kn?kn?
selamat hari raya maaf zahir batin puan..
semoga puan makan banyak kuih raya tme raya ni,baru jd kuat..hehe..gurau je..jgn mrh..nnt cpt tua..
NUR MISWARIE BIN MAT YUSOFF
NO RUJUKAN=89
Bulan ramadan hampir tamat
ReplyDeleteSaat gembira sedia menanti
Ucapan raya yang teramat
Khas untuk yang disayangi
Chan Miao Jia
No rujukan 6
kembang mawar di pingggir laman,
ReplyDeletedisiram oleh si dara jelita,
selamat pulang ke kampung halaman,
menyambut lebaran bersama keluarga.
selamat hari raya.....jari disusun,maaf dipinta..
saling bermaaf menjadi budaya,semoga ukhwah terjalin mesra...
nor habibah binti razali
nombor rujukan : 59
Nor Fazida Binti Ahmad
ReplyDeleteNo.Rujukan : 55
Secawan kopi sekeping roti,
santapan berbuka disenja hari,
kemaafan dipohon seikhlas hati,
semoga gembira di aidilfitri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
pelajar hma 101 membakar lemang,
ReplyDeletelemang dibakar dipagi raya,
emak dan abah menanti pulang,
agar terubat rindu didada.
pelajar hma 101 membakar lemang,
ReplyDeletelemang dibakar dipagi raya,
emak dan abah menanti pulang,
agar terubat rindu didada.
=> mohd hilmi bin mohd salleh (30)
Anak Dolah makan lepat
ReplyDeleteMakan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai facebook pun kira ok what?
selamat hari raya aidilfitri semua...
pelajar hma 101 membakar lemang,
ReplyDeletelemang dipagi raya,
emak dan abah menanti pulang,
agar terubat ridu didada.
mohd hilmi bin mohd salleh
noruj:31
indah suasana di malam raya,
ReplyDeletebersama-sama membakar lemang,
berhati-hati di jalan raya,
ingatlah keluarga tersayang.
KASMANURLEEDA BT ZAHARI
NO. RUJUKAN: 19
Kerahmatan berkunjung tiba,
ReplyDeleteMenaungi kehidupan kita,
Aidilfitri menjelma semula,
Segala kekhilafan yg ada seribu kemaafan dilafaz segera.
Nur Farah Binti Ishak
no rujukan: 84
terima kasih kepada yang mencipta pantun^^
ReplyDeleteHari ini lama ditunggu kami,
ReplyDeleteAkhirnya hari ini sudah tiba,
Tidak perlu berpuasa lagi,
Ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
Chong Lee Wui
No.Rujukan:9
Saidina Affan menyusun kata,
ReplyDeletetutur peri yang aulia,
bermaaf-maafan sesama kita,
di aidilfitri yang mulia.
Saidina Affan menyusun kata
ReplyDeleteTutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada puan Radiah dan seluruh warga pelajar HMA101,maaf zahir dan batin diucapkan..
ReplyDeletetinggi-tiggi si pohon jati,
tinggi lagi si gunung ledang,
selamat hari raya aidilfitri,
selamat pergi dan pulang.
Nabilah bt Zainon Abidin
No rujukan 43
tut tut tut bunyi kentut
ReplyDeletegedam gedebom bunyi mercun
bulan posa jangan kedekut
bila raya jangan lupo mintak ampun
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...:D
Nuraini Binti Harun
No. Ruj : 91