Sunday, August 15, 2010

from Sharifah: Istimewa untuk Pensyarah BM : Doc Tajul Ariffin,Doc Zainal rif, Doc Noriah,Doc ROzaida And Pn.Solakiah

Dr.Tajul Ariffin pakar fonologi,

Setakat formula, dialek sume dah dikaji,

Orangnya baik suka bersembang sekali,

Masuk biliknya pakatnya tak keluarlah kami.

Dr.Zainal Arif cool orangnya,

Pakar dalam nahu BM semestinya,

Sangat suka bercerita pengalaman dirinya,

Marah sungguh pelajar yang copy buku tulisannya.

Linguistik dan sejarah perbandingan bidang utamanya,

Dr. Noriah itulah tenaga pengajarnya,

Orangnya serius tetapi baik hatinya,

Bila beliau buat lawak gegak gempita kelas jadinya.

Pn.Solakiah pensyarah Morfologi,

Orangnya garang,kami gerun sekali,

Bila panggil nombor,habislah kami,

Tu tandanya kami tak buat ulangkaji.

Orangnya comel lembut sekali,

Itulah dia Dr.Rozaida kami,

Psikolinguistik ilmu yang diberi,

Sampai tamat final exam kami tak berapa faham lagi.

Hasil cipta : Sharifah,batch 2006/2007


sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=139338506105120&id=1390387204&ref=mf

No comments:

Post a Comment