Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan & Maaf

Aslm wrt n SS, semua:

Kepada pelajar yang beragama Islam, selamat menyempurnakan semua ibadah dan tugas di bulan Ramadan ini dan berterusan di bulan2 berikutnya, dan semoga segala ibadah dan tugas kita diberkati dan diterima Illahi.

Dan saya mohon maaf banyak-banyak untuk segala kesalahan, kesilapan, dan ketakenakan yang telah saya lakukan sepanjang saya mengenali anda semua.

Saya jugaingin menggalakkan pelajar yang beragama Islam membawa bersama rakan yang bukan Islam ke masjid kita untuk merasai kenikmatan berbuka puasa. Ini merupakan satu daripada aktiviti biasa untuk semua pelajar yang pernah mengikuti kursus saya. Anda boleh sahkan dengan pelajar senior bukan Melayu yang mengenali saya^_^.

Dari segi pakaian, asahkan menutup aurat sudah memadai, tidak semestinya berbaju kurung atau berbaju melayu^_~.

Untuk makluman semua, kultut akan berjalan seperti biasa mulai Khamis ini, insyaAllah.

radiah

No comments:

Post a Comment