| BIL. | NAMA |
| 1 | 'AISYA SYAHIRAH BT KAMARAAL DZAMAN |
| 2 | ADIBAH BINTI ISMAIL |
| 3 | ANIS NABILLA BINTI AHMAD |
| 4 | DAYANG SUHANA BINTI NASARUDIN |
| 5 | DUNITA NABILA BINTI A RAHIMIN |
| 6 | FATIN NAJIAN BINTI AHMAD MALIKI |
| 7 | HAMDAN BIN MOHAMAD SAM |
| 8 | IDAZIRA BINTI MOHAMED |
| 9 | JAMILUN ASIKIN BINTI JAMIL |
| 10 | KENNEDY ANAK UGAM |
| 11 | LELAWATHI BINTI NAPIAH |
| 12 | MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL HAMID |
| 13 | MOHAMAD HIZAL BIN RASIM |
| 14 | MOHAMAD NAZUHAN BIN OMAR |
| 15 | MOHD NORAZWAN BIN ABDUL JAILANI |
| 16 | MOHD RIDZUAN BIN AHAMED |
| 17 | MUHAMAD AKMAL BIN MD ALI |
| 18 | MUHAMAD RADZI BIN RASOOLTEEN |
| 19 | MUHAMMAD FAIS BIN HAJI KHALID |
| 20 | MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMED ANUNAR |
| 21 | MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAT JUSOH |
| 22 | MUHAMMAD RAMZIE BIN AB RAZAK |
| 23 | NABILAH BT ZAINON ABIDIN |
| 24 | NADIA BINTI A JALAL |
| 25 | NAJIHAH BINTI ABDUL GHOFUR |
| 26 | NAZIMA BINTI KAMARUDIN |
| 27 | NOOR FAREHAH BINTI ALIAS |
| 28 | NOORAINIDA BINTI HASHIM |
| 29 | NOORMILA BINTI MAT YUSUP |
| 30 | NOORSHAZA SHAFIRAH BINTI MUHAMMAD |
| 31 | NOR KAMISAH BINTI ABDUL LATIFF |
| 32 | NOR RABIATUL ADAWIYAH BINTI SHAMSURI |
| 33 | NORAIN BT MAT SAAD |
| 34 | NORASYIMA BINTI BABJAN |
| 35 | NORBAIZURA BINTI OMAR |
| 36 | NORHAIZAN BINTI KHAIRUL ANUAR |
| 37 | NORMIAMIRA BINTI AWANG KECHIK |
| 38 | NORSYUHADA BINTI ANUA |
| 39 | NUR BASIRAH BINTI ABD NASIR |
| 40 | NUR FARHANAH BINTI NASIR |
| 41 | NUR FATIN NABILAH BINTI ALIAS |
| 42 | NURAMIRA BINTI SUJAK |
| 43 | NURHAFIZAH BINTI SARAIL |
| 44 | NURHIDAYAH BINTI KAMARUDIN |
| 45 | NURUL 'AFIFAH BT MD ISA |
| 46 | NURUL ASHIKIN ABD HALIM |
| 47 | NURUL SYUHADAH BINTI MAJID |
| 48 | RABIATULADAWIYAH BINTI RAZALI |
| 49 | RAFIQAH BINTI MAT |
| 50 | SITI NOR IDA FARIDA BINTI HASHIM |
| 51 | SITI NUR DZUHA BINTI GHANIM |
| 52 | SITI NURHAFIZAH BT ISMAIL |
| 53 | WAN MUHAMMAD TAUFIK WAN HUSSIN |
| 54 | ZAKARIAH BINTI MD HASHIM |
| 55 | ZULHANIZAM BIN SULAIMAN |
| 56 | AHMAD ASSAJRI BIN MAT NOH |
| 57 | AHMAD RONI BIN SHARIL |
| 58 | AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMED ANUAR |
| 59 | ATIQAH BINTI RAMLI |
| 60 | AZREEN BINTI YUSOFF |
| 61 | CHAN MIAO JIA |
| 62 | CHE NABILA SYUHADA BINTI CHE MAHASAN |
| 63 | CHONG LEE WUI |
| 64 | DIANA IKRMA BINTI NOROZILAN |
| 65 | EURICA A/P AROCKIYASAMY |
| 66 | FAIZA RAHILA BINTI ISMAIL |
| 67 | HADAWIYAH BINTI MOHAMAD |
| 68 | HOW JIA HUI |
| 69 | KASMANURLEEDA BINTI ZAHARI |
| 70 | MAHIRAH BINTI YAHYA |
| 71 | MASNI BINTI SALI |
| 72 | MASYITAH BINTI ISMAIL |
| 73 | MOHAMAD AZHA BIN ABD.WAHID |
| 74 | MOHAMAD BASRI BIN MOHD SAAD |
| 75 | MOHAMAD ROZI BIN KASIM |
| 76 | MOHAMAD YAZID ADHAR BIN CHE BAE |
| 77 | MOHAMMAD ZAKUAN BIN MAT SALLEH |
| 78 | MOHD FIRDAUS BIN MOHD |
| 79 | MOHD HILMI BIN MOHD SALLEH |
| 80 | MOHD HISYAM BIN MOHD RAMLI |
| 81 | MOHD IZZUDIN BIN SAZALI |
| 82 | MOHD NABIL EZWAN BIN KAMAN |
| 83 | MUHAMMAD ASRA BIN ROSNAN |
| 84 | MUHAMMAD HAFIFI BIN SALIM |
| 85 | MUHAMMAD IZDHAM BIN ROSZLAN |
| 86 | MUHAMMAD SALLEH BIN ABD GHAFAR @ RAZMIN |
| 87 | MUNIRAH BINTI ZULKIFLI |
| 88 | NATRAH BINTI MOHAMAD ZAIN |
| 89 | NAVIN KUMAR A/L CHANDRAN |
| 90 | NOOR AMRASYAHIDA BINTI RAMLI |
| 91 | NOOR HAFIZAH BINTI MOHAMED SAPUAN |
| 92 | NOOR HAYATUNNISHA BINTI MOHAMED MASTA |
| 93 | NOORAINI BINTI ABU HANIFAH |
| 94 | NOR AFIZA BINTI AHMAD |
| 95 | NOR FAZIDA BINTI AHMAD |
| 96 | NOR HABIBAH BINTI RAZALI |
| 97 | NOR SYUHADA BINTI NAWI |
| 98 | NORAMIRA BINTI SEMAN |
| 99 | NORATASHA BINTI MUDA |
| 100 | NOREHAN BINTI LESA |
| 101 | NORFADHILAH BINTI IBRAHIM |
| 102 | NORFAZIRAH BINTI DOL |
| 103 | NORFAZWIN BINTI MAJID |
| 104 | NORHASNI BINTI SALIM |
| 105 | NORIANI BINTI ABD MUTALIB |
| 106 | NORLEYANA BINTI YAHYA |
| 107 | NORLIANA BINTI ABDUL AMIR |
| 108 | NORUL HUDA BINTI ABDULLAH @ OTHMAN |
| 109 | NUR AFIFAH BINTI AHMAD |
| 110 | NUR AFIQAH BT MOHD NOR |
| 111 | NUR ALWANI BINTI MOHAMAD |
| 112 | NUR AMALINA BINTI MAT NAWI |
| 113 | NUR AMIRA BINTI AHMAD SIDI |
| 114 | NUR FALIHIN BINTI HAMMIS |
| 115 | NUR FARAH BINTI ISHAK |
| 116 | NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMAN |
| 117 | NUR HADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM |
| 118 | NUR IZZATI BINTI HAMIZUN |
| 119 | NUR MISWARIE BIN MD YUSUF |
| 120 | NUR MUNIRAH BINTI IBRAHIM |
| 121 | NUR SAKINAH BINTI PAUZI |
| 122 | NURAINI BINTI HARUN |
| 123 | NURAISAH BINTI ZAKARIAH |
| 124 | NURLIYANA BINTI MOHAMAD SAAD |
| 125 | NURUL ASHIKIN BINTI SULAIMAN |
| 126 | NURUL FATIN BINTI MOHAMMAD |
| 127 | NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ZIN |
| 128 | NURUL HUDA BINTI ABD SAMAD |
| 129 | NURUL IMANI BINTI ZAKARIA |
| 130 | NURUL IZZATI BINTI KHALID |
| 131 | PUTERI NUR ERNALISSA BINTI ROMLI |
| 132 | REBECCA ANAK GERALD |
| 133 | ROSHIDAYU BINTI ROZALI |
| 134 | RUHAYU BINTI MOHAMED |
| 135 | SALWANI BINTI OTHMAN |
| 136 | SITI NOOR AZAHANIE BINTI SOLAHUDDIN |
| 137 | SITI NORHAIZA BINTI MOHD RAZALI |
| 138 | SITI NUR ASILAH BINTI ABDUL WAHAB |
| 139 | SITI NUR MAWARDAH BINTI HUSSAIN |
| 140 | SITI NUR RAIHAYU BINTI RIDZWAN |
| 141 | SUMAIYAH BINTI ISMAIL |
| 142 | TING EE LUN |
| 143 | WAN NOR SAKINAH BINTI WAN RAHIM |
| 144 | WAN NUR SARAH BINTI WAN MOHAMED ZURI |
| 145 | WAN SITI NURHIDAYAH BINTI WAN HASIM |
| 146 | |
| 147 | CHE NOR HASIMAH BT CHE HAMZAH |
| 148 | MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN |
| 149 | SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN |
Friday, July 16, 2010
Senarai pada 16 Julai 2010
Kamus Bahasa Asing - Bahasa Melayu Terawal: Bahagian (2)
Kosa Kata Kategori Geografi
Bahasa Cina - Bahasa Melayu
bu mi - bumi
ba du - batu
zhe lan - jalan
da na - tanah
ba da - bata
gu da - kota
lu sun - dusun
ge ben - kebun
song he - sungai
bu ji - bukit
ya yi er - air
ma da ya er - mata air
su mu er - sumur
ya da gen ding - atap genting
song he bu sa - sungai besar
song he ge zhi - sungai kecil
song he duo si - sungai luas(?)
lao bu sa - laut besar
lao ge zhi - laut kecil
ba ye bu sa - paya besar
bu ji bu sa - bukit besar
bu ji ge zhi - bukit kecil
an ba bu sa - ombak besar
an ba ge zhi - ombak kecil
ya yi bu sa - air besar
ya yi ge zhi - air kecil
ya yi ma su - air masuk
ya yi ba sang - air pasang
lao bu sa di men er - laut besar timur
lao bu sa xi la dan - laut besar selatan
lao bu sa wu da la - laut besar utara
ba wa bu ji - bawah bukit
[Sumber: Liang Liji. 1996. Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka - Dinasti Ming Abad ke-15.. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia]
Thursday, July 15, 2010
HMA101: PROGRAM PIMPIN
Tuesday, July 13, 2010
Ramlee Wahab: PEDAGANG BAHASA PEJUANG SASTERA
Intelektual Bahasa di IPTA/IPTS serta semua penulis dan penyair muda di media maya facebook)
Pedagang Bahasa dan Pejuang Sastera
Kita pedagang bahasa
berdagang kerana negara
mahu merdeka
bukan sahaja minda
malah juga bahasanya.
Pelajar-pelajar setia
berjaya memperkasa
bahasa ibunda
maruah sebuah bangsa
tetap teguh terpelihara.
Kita pejuang sastera
berjuang kerana bangsa
kepelusuk nusantara
mengerat salam berkarya
karangan bangsa mulia.
Anak negeri semua
berdoa sentiasa
perluas daerah bahasa
perluas wilayah sastera
dirgahayu bahtera merdeka.
Nukilan: Ramlee(Nakhoda)
Friday, July 9, 2010
Bentuk Panggilan dan Hormat - Ayahda Prof Emeritus Abdullah Hassan
Seorang jurujual Cina di Mun Loong, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Mei 1993) mempelawa pelanggan ke kedai.
Jurujual Cina: Sila Kakak, Mak Cik-Mak Cik, ... sila masuk, sila lihat kain kami yang baru sampai ...
Jurujual Cina berumur sekitar 60 tahun, dan pelanggan-pelanggannya adalah wanita yang jauh lebih muda, iaitu sekitar 20-30 tahun.
Dialog yang berbudi bahasa
Jurujual Cina: Encik-encik, Puan-puan, .... silalah masuk, silah lihat kai-kain kami yang baru sampai...
Dialog 5
Seorang India tua yang menjual cendol di hadapan Pos Malaysia di Bandar Melawati, Kuala Lumpur (Ogos 1994).
India tua: Abang apa mau? (India 57 tahun).
Pelajar sekolah: ABC …
Pelajar yang dipanggil Abang itu masih berseluar biru tua, sekolah rendah, berumur sekitar 9 tahun. Apabila orang tua memanggil orang muda bertaraf cucu sebagai Abang atau Kakak, seperti dalam dialog 2 dan 3, maka ini bukanlah sekadar kesalahan budi bahasa lagi, tetapi ini adalah keadaan yang tidak siuman lagi.
Memang ada orang Melayu memanggil kanak-kanak sebagai Abang, tetapi itu hanya berlaku dalam konteks tertentu sahaja. Sebagai contoh, ibu memanggil anak lelakinya Abang, adalah sebagai panggilannya dalam keluarga apabila kanak-kanak lelaki itu mempunyai adiki-adik lain. Dia dipanggil Abang kerana kedudukannya betul-betul sebagai abang di kalangan adik-beradiknya. Orang di luar keluarga tidak berhak memanggilnya abang.
Sepatutnya dialog 5 di atas berlaku begini:
India tua: Encik mahu minum apa?
Pelajar sekolah: ABC.
India tua: Baik, ABC satu.
Amalan yang Menular ke Luar Negara
Dalam sebuah peristiwa lain di Indonesia, kita dapat memahami salah faham ini daripada maklum balas yang diterima daripada pemandu pelancong Indonesia. Pemandu pelancong membawa pelancong Malaysia ke Danau Toba (Disember 1996) memanggil para pelancong wanita Pak cik dan Mak cik. Apabila ditegur, katanya pelancong Malaysia mengajar mereka memanggil demikian. Ternyata orang Melayu sendiri tidak fasih dalam tatabahasa sosial.
Sekali lagi ini dibuktikan oleh pemandu pelancong yang membawa pelancong Malaysia ke Tankuban Prahu di Bandung (Ogos 1996). Dalam lawatan tersebut pemandu pelancong Indonesia asyik memanggil pelancong Malaysia yang terdiri daripada empat orang Datin dan enam profesor dan dua belas pegawai tinggi sebagai Pak Cik dan Mak Cik. Setelah tidak tahan lagi seorang Sang Datin Profesor lalu berkata ”Jangan panggil saya Mak Cik, geli geleman aku.” Sambil menggigil.
Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar mereka menggunakan bentuk pak cik dan mak cik itu sebagai hormat. Ternyata kita sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat sendiri. Pada hal bentuk panggilan bapak dan ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Mereka tidak pula memanggil orang yang mereka hormati bibik dan paman. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra keluarga.
Dialog 6 (Bandung Ogos 1996)
Pemandu pelancong: Pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian. Pertma-tama saya mengucapkan selamat datang kepada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian.....
Pelancong Malaysia: Tolong tegur pemandu kita itu, kita bukan pak cik dan mak cik.
Pelancong Malaysia Saudara pemandu pelancong, tolong panggil kami ini Tuan-tuan dan Puan-puan.
Pemandu pelancong Kenapa? Ada orang Malaysia yang meminta kami memanggil mereka begitu.
Pelancong Malaysia: Boleh dipanggil Pak cik dan Mak cik, tetapi kalau betul-betul Bibik dan Paman anda, atau pun kepada orang sudah 30 tahun lebih tua daripada anda, dan tidak berpelajaran dari kampung-kampung!
Pemandu pelancong: Maaf, ...
Malah yang juga menggelikan hati adalah satu peristiwa di Maybank Tanjung Malim.
Dialog 7
Juruwang wanita muda di Maybank, Tanjong Malim (13 Oktober 2004)
Juruwang wanita (muda): Ini resit Dik.
Profesor bersara: Terima kasih Cik!
Bahasa berbudi bahasa:
Juruwang wanita (muda): Ini resit Tuan.
Pensyarah pencen: Terima kasih Cik.
Analisis
Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar pemandu pelancong Indonesia menggunakan bentuk panggilan Pak Cik dan Mak Cik memikirkan itulah panggilan hormat. Juruwang Maybank juga memikirkan panggilan Adik yang digunakan terhadap orang tua dua kali umurnya itu sebagai hormat. Ternyata masyarakat Melayu sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat bahasa sendiri. Pada hal bentuk panggilan Bapak dan Ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah:
1. Pelmandu pelancong Indonesia memanggil pelancong Malaysia Pak Cik dan Pak Cik tidak mengetahui perbezaan anatara panggilan hormat dan panggilan mesra. Panggilan mesra kepada orang yang tidak dikenali adalah tidak sopan. Pelancong hanya boleh dipanggil Tuan-tuan dan Puan-puan.
2. Faktor umur sangat penting. Memanggil orang muda daripada kita sebagai Abang hanya dilakukan dalam konteks saudara-mara sendiri. Orang lain di luar lingkungan keluarga tidak ada hak berbuat begitu. Penjual cendol India dan jurujual Cina bukan sahaja melanggar tatabahasa sosial, bahkan melucukan dan tidak siuman. Panggilan yang sesuai ialah Encik dan Tuan kepada lelaki, dan Cik, Encik dan Puan untuk wanita.
3. Memanggil orang tua yang lebih tinggi taraf sebagai Adik adalah perbuatan memperbudakkan orang yang dilawan berakap, bukan tanda hormat. Memanggil orang tua sebagai Adik adalah biadab, kerana menurunkan tarafnya. Apabila kita hormat, kita meningkatkan taraf orang yang dilawan bercakap dengan menggunakan bentuk panggilan yang meninggikan tarafnya. Inilah yang dikatakan berbudi bahasa.
Semua unsur ini mempengaruhi cara kita menggunakan bahasa, menyampaikan maklumat, memberi dan membalas pujian, mengkritik, mencerca, menggunakan unsur humor dll. Perkara-perkara ini sentiasa mengiringi bahasa yang dituturkan pada sesuatu masa.
Buku kecil ini menyenaraikan jenis-jenis dan contoh-contoh kesalahan budi bahasa dalam komunikasi harian kita, baik dalam berurusan biasa atau rasmi. Perbincangan ini didasarkan kepada beberapa peristiwa yang dirakamkan bagi menunjukkan kesalahan budi bahasa dalam bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan kita. Inilah yang dikatakan kesalahan tatabahasa sosial. Kesalahan ini dianalisis bagi menimbulkan peraturan-peraturan tatabahasa sosial yang diperlukan bagi mengajarkan bahasa Melayu, dan juga melatih para pegawai kerajaan dalam menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan.
Kesalahan tatabahasa sosial ini tidak pula disenaraikan menurut konteks seperti yang diajukan pada awal buku ini dirancangkan. Ini adalah kerana kesalahan budi bahasa itu tidak disebabkan oleh konteks. Kesalahan tatabahasa sosial ini, seperti yang disebut dalam bab lalu, adalah kerana gangguan sistem, atau salah faham penuturnya menggunakan unsur-unsur bahasa Melayu ini. Kesalahan ini ini adalah pelanggaran peraturan tatabahasa sosialnya, bukan konteksnya. Dalam telefon, di kaunter servis sebuah korporat atau dalam interaksi jual beli, kesalahan yang sama berlaku kerana penuturnya tidak mengetahui hukum tatabahasa sosialnya. Oleh sebab itu, buku ini memberi tumpuan kepada jenis kesalahan, bukan kepada konteks komunikasi.
Dalam membuat tinjauan sejauh mana unsur ini diberi perhatian, maka kita dapati bahawa dalam dokumen yang membincangkan etika pentadbiran juga tidak memasukkan perkara ini. Malah dalam Tonggak 12 yang dijadikan asas amalan para pentadbir, unsur budaya bahasa yang baik juga tidak disebut.
Kertas ini membincangkan unsur-unsur budaya yang sering menimbulkan kepincangan dalam komunikasi. Perbincangan ini didasarkan kepada beberapa peristiwa yang dirakamkan bagi menunjukkan kesilapan budaya berbahasa dalam bahasa kebangsaan kita. Inilah yang dikatakan kesilapan tatabahasa sosial. Kesilapan ini dianalisis bagi menimbulkan peraturan-peraturan tatabahasa sosial yang diperlukan bagi mengajarkan bahasa Melayu, dan juga melatih para pegawai kerajaan dalam menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan. Dalam kertas ini sembilan jenis kesalahan tatabahasa sosial yang berkaitan dibincangkan, iaitu:
1. Menggunakan ganti nama yang merendahkan
2. Menggunakan panggilan mesra sebagai panggilan hormat
3. Menggunakan panggilan intim sebagai panggilan hormat
4. Menggunakan gelaran sendaan sebagai panggilan hormat
5. Menggunakan panggilan hormat hanya dalam bahasa Inggeris
6. Menggunakan bahasa pasar dalam majlis rasmi
7. Menyebut nama batang tubuh orang bertaraf tinggi
8. Menggunakan bahasa kanak-kanak dalam majlis rasmi
9. Menyentuh tubuh orang bertaraf tinggi
10. Mengajuk dialek atau pelat orang.
Rata-rata, rakyat Malaysia mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang dipraktikkan oleh ramai penutur bahasa Melayu sekarang.
Malah, ada sarjana bahasa yang juga tidak memberi gambaran yang betul. Umamanya, ada sarjana linguistik yang memberi rumus yang salah dengan mengatakan kita menghormati orang dengan menggunakan kata panggilan Pak Cik dan Mak Cik! Ini adalah kesilapan yang berlaku apabila sarjana bahasa yang sebenarnya tidak mengetahui konsep dan amalan budi bahasa. Beliau tidak mengetahui apa sistemnya dan apa penyimpangan daripada sistem itu.
Ada banyak faktornya, tetapi itu bukan tujuan buku kecil ini menerangkannya pada hari ini. Apabila aspek ini tidak diberi perhatian maka timbullah kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu. Pada masa ini kita semakin merasakan perlu diambil tindakan supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diutamakan semula. Terutama dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.
Unsur-unsur budaya positif ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak diberi huraian dan penjelasan mengenai aspek budi bahasa yang dimaksudkan. Kita juga tidak diberi penjelasan mengenai kaedah dan strategi mengajarkannya kepada murid sekolah. Kita juga tidak disediakan bahan mengajarkannya.
Ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata dalam sistem panggilan (atau sapaan), kata-kata gelaran, menggunakan nama batang tubuh, sistem gantinama, cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan dan sentuhan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll.
Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu konteks: sama kita menggunakan bahasa dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Menggunakan bahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi adalah berlainan. Menggunakan bahasa dalam konteks rasmi menuntut sebutan rasmi dan tatabahasa yang lengkap.
Dengan siapa kita bercakap (atau berucap): apa taraf sosial mereka, tahap dan jenis pendidikan mereka, jawatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat, apa gelaran si penutur dan si pendengar. Orang yang berpendidikan agama sangat dihormati dalam masyarakat Melayu. Misalnya, mereka tidak boleh dikamu-kamukan. Mereka mesti dipanggil ”tuan.”
Berapa umur penutur orang yang menyapa adalah penting. Umpamanya, penutur Cina, India dan Indon yang memanggil semua wanita sebagai kakak walaupun usia orang yang disapa itu jauh lebih muda muda daripada penyapa, dan juga penyapa memanggil adik orang yang lebih tua dan tidak layak dipanggil adik. Apabila ini dilakukan, maka ini menjadi sesuatu yang melucukan.
Dalam buku ini sepuluh jenis kesalahan tatabahasa sosial yang berkaitan dibincangkan. Semuanya adalah akbibat gangguan sistem. Oleh sebab itu pembetulan ini adalah pembetulan pada gangguan sistem tersebut. Setelah membuat pengamatan dan kajian, ada sepuluh perkara yang perlu diberi tumpuan, iaitu:
Bentuk Panggilan dan Hormat - Ayahda Prof Emeritus Abdullah Hassan
Pelayan wanita di gerai medan selera berhampiran Setesen Keretapi Ipoh (20 Julai 2002) datang mengambil pesanan makanan daripada sekumpulan pensyarah muda.
Pelayan wanita: Pak Cik nak makan apa?
Pensyarah: Panggillah kami Encik atau Tuan …
Pelayan wanita: Alah! orang pun ada bahasa … (sambil mencebik) )
Seperti dalam Dialog 2, memang wujud dengan meluasnya salah faham seperti ini. Ramai orang yang datang dari luar bandar memikirkan bentuk panggilan keluarga itulah panggilan hormat.
Ahli bahasa dan sistem kurikulum sekolah juga tidak memberi perhatian kepada budi bahasa seperti ini dalam mengajarkan bahasa Melayu. Itulah yang menyebabkan penjaga kereta lelaki dalam dialog 2, dan pelayan perempuan dalam Dialog 3 ’melawan’ pelanggan dengan mengatakan mereka juga ada budi bahasa.
Kita juga dapat membuat andaian daripada dialog 1, 2 dan 3 bahawa orang Melayu dari kampung merasa enggan memanggil orang Melayu sendiri sebagai Tuan, Puan, Encik, Cik dan Cik Puan.
Dialog yang berbudi bahasa.
Pelayan wanita: Encik (atau Tuan) sudahkah membuat pesanan?
Pelanggan: Belum, sekarang kami hendak pesa.
Baiklah: Encik hendak makan apa?
Pelanggan: Saya mahu makan .....
Memang ada dua masalah dalam hal ini.
1. Salah faham seperti in juga sering menjadi salah faham orang di bandar yang rata-rata menggunakan bentuk panggilan kampung di dalam konteks rasmi. Memang bentuk panggilan ini digunakan dalam bahasa basahan di antara ahli masyarakat di kedai-kedai, stesen bas, pejabat pos dll. Tetapi, dalam konteks yang rasmi, bentuk panggilan Kakak, Abang, Pak Cik, dan Mak Cik, tidak boleh digunakan.
2. Orang bukan Melayu, Cina, India, dan juga pendatang tanpa Izin dari Bangladesh, Myanmar, Thailand, termasuk Indonesia sudah mula menganggap inilah bentuk panggilan yang betul. Malah ada kalanya panggilan yang digunakan melanggar tatabahasa sosial bahasa Melayu.
Oleh sebab itu kita sudah mula mendengar dan menemui peristiwa-peristiwa
seperti berikut:
Bentuk Panggilan dan Hormat - Ayahda Prof Emeritus Abdullah Hassan
Dalam cuti sekolah pada 27 Mei 1995, sekumpulan guru berkereta tiba di Kuala Perlis bagi menaiki feri ke Kuah. Mereka mencari tempat letak kereta.
Penjaga kereta: Abang boleh hantak sana ...
Guru: Encik bercakap dengan siapa?
Penjaga kereta: Dengan Abanglah.
Guru: Panggillah saya “Encik” sahaja, bukan ”Abang,” sebab kita tidak bersaudara.
Penjaga kereta: Elleh! orang kereta lagi besak tak pernah kata apa pun.
Adalah mustahil pemuda yang menjaga kereta itu betul-betul yakin bahawa panggilan Abang itu ialah bentuk yang sopan bagi memanggil orang. Dalam konteks perniagaan, panggilan yang dikehendaki ialah panggilan yang sopan atau berbudi bahasa. Panggilan Abang adalah panggilan mesra dengan ahli keluarga atau kenalan sekampung. Panggilan Abang adalah sama sahaja tarafnya dengan panggilan Kakak dan Mak Cik, di atas tadi. Semuanya mengakibatkan pelanggan merasa direndahkan.
Dialog yang berbudi bahasa
Penjaga kereta: Encik (atau Tuan) boleh hantar kereta Tuan ke sana..
Guru: Encik bercakap dengan siapa?
Penjaga kereta: Dengan Enciklah.
Bentuk Panggilan dan Hormat - Ayahda Prof Emeritus Abdullah Hassan
Itu adalah lakuan yang beradab mulia.
Meninggikan orang dengan panggilan hormat itu adalah mulia.
Merendahkan orang itu adalah biadab.
Perpindahan ramai penduduk kampung ke bandar, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dari di bandar, juga membawa budaya bahasa kampungan ke bandar. Khususnya budaya bahasa kampungan itu digunakan dalam konteks pejabat dan perniagaan yang sebenarnya memerlukan bahasa rasmi dan bahasa perniagaan. Dalam bahasa rasmi dan bahasa perniagaan, ganti nama dan bentuk panggilan hormat adalah menjadi asas perhubungan. Apabila bentuk panggilan yang salah digunakan, orang yang dilawan bercakap akan merasa tidak dihormati.
Memesrai orang adalah tidak sama dengan menghormati orang. Kita hanya memesrai orang yang dikenali rapat, dalam kalangan keluarga atau jiran, atau kenalan sekampung.
Apabila panggilan mesra kampungan digunakan kepada orang yang sepatutnya dihormati, maka akibatnya boleh merosakkan iklim hubungan seperti dalam contoh peristiwa dialog 1 di bawah. Hubungan dalam komunkasi adalah penting. Apabila dirosakkan objektif komunikasi tidak akan tercapai.
Dialog 1
Tiga orang bakal pelanggan, dua orang lelaki dan seorang wanita masuk ke sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, (Disember 1991). Jelas mereka itu ahli profesional. Pelayan datang meminta pesanan.
Pelayan: Encik nak makan apa?
Lelaki 1: Nasi beriayani dengan ayam.
Pelayan: Minum?
Lelaki 1: Jus oren.
Pelayan: Encik nak makan apa? (kepada lelaki 2)
Lelaki 2: Nasi beriayani dengan daging?
Pelayan: Minum?
Lelaki 2: Air suam.
Setelah pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama. Dia terus pergi kepada wanita pula.
Pelayan: Mak Cik nak makan apa?
Wanita: Siapa Mak Cik?
Pelayan: Oh! Kakak!
Wanita: Saya bukan Kakak kamu ...
Pelayan: Saya sudah panggil Mak Cik apa? Habis nak panggil apa?
Wanita: Saya bukan Mak Cik Encik, saya bukan Kakak Encik. Hormatilah pelanggan Encik ...
Pelayan: Bila saya tak hormat! Saya dah panggil Mak Cik! Saya dah panggil Kakak. Nak panggil apa lagi! Kita pun ada budi bahasa ...
Pelanggan meninggalkan restoran.
Analisis:
Pelayan restoran menggunakan bentuk panggilan keluarga di dalam konteks rasmi, iaitu transaksi perniagaan. Khidmat dalam restoran, sama ada besar atau kecil adalah transaksi perniagaa. Pelanggan mesti dihormati. Bentuk panggilan Mak Cik dan Kakak menyatakan mesra dalam hubungan kekeluargaan. Di restoran suasananya adalah konteks perniagaan. Hubungan pelayan dengan tetamu adalah hubungan perniagaan, pelanggan mesti dihormati, tidak dimesrai. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah:
1. Apabila pelayan ”melawan” pelanggan, jelaslah bahawa dia adalah orang yang tidak berbudi bahasa. Orang berbudi bahasa akan meminta maaf dan memanggil Puan. Apabila dia menggunakan bentuk panggilan Tuan kepada lelaki, tidak mungkin dia tidak tahu bentuk panggilan Puan.
2. Pelayan menyangka panggilan Kakak dan Mak Cik itu hormat, ataupun dia mungkin menganggap wanita tidak perlu dihormati.
3. Pelayan tidak tahu membezakan konteks rasmi dan tidak rasmi. Konteks jual beli, adalah konteks rasmi. Bahasa dalam konteks rasmi hendaklah juga rasmi.
4. Pelanggan mahu dihormati, bukan dimesrai atau dikeluargai oleh orang yang tidak dikenali. Pelanggan perlu dihormati dalam konteks perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar. Panggilan Pak Cik, dan Mak Cik, bukanlah panggilan hormat. Menggunakan panggilan mesra dalam konteks ini sebenarnya adalah tidak sopan. Malah memanggil wanita muda sebagai Mak Cik dalam konteks bandar ’biadab.’
5. Dalam masyarakat kampung, Kakak dan Abang adalah panggilan kepada orang yang lebih tua.
6. Begitu juga panggilan Pak Cik dan Mak Cik adalah untuk orang yang lebih tua daripada orang yang bercakap. Pelayan berkenaan tidaklah jauh lebih muda daripada pelanggan wanita dalam konteks ini.
7. Bentuk panggilan hormat ialah Tuan, Encik, Cik kepada pelanggan lelaki, dan Puan, Cik Puan dan Cik kepada pelanggan wanita.
Seorang bekas tentera yang berniaga makanan di sebuah medan selera di Manjung, Perak (Jun 1994) mengamalkan sistem panggilan rasmi seperti dalam perkhidmatan tentera. Beliau dan pelayan restorannya memanggil pelanggan lelaki Tuan, Puan, Encik, Cik, dan pelanggan wanita Puan, Cik Puan, dan Cik. Restorannya menerima ramai pelanggan, mereka kelihatan sangat suka dihormati dengan panggilan Tuan dan Puan.
Dialog Yang Berbudi Bahasa
Pelayan: Encik hendak makan apa?
Lelaki 1: Nasi beriayani dengan ayam.
Pelayan: Minum?
Lelaki 1: Jus oren.
Pelayan: Encik hendak makan apa? (kepada lelaki 2)
Lelaki 2: Nasi beriayani dengan daging.
Pelayan: Minum?
Lelaki 2: Air suam.
Pelayan: Puan hendak makan apa? (kepada Pelanggan Wanita)
Wanita: Nasi putih dan ikan goreng.
Pelayan: Kalau nasi biasa, Puan boleh ambil sendiri, atau mahu saya buatkan nasi campur untuk Puan?
Wanita: Baik, saya ambil sendiri.
Pelayan: Minum Puan.
Wanita: Air mineral satu botol.
Pelayan: Baik, Puan
Pelanggan mahu dihormati, bukan dimesrai dengan panggilan mesra kampungan. Apabila tersalah konteks, panggilan mesra itu menjadi tidak berbudi bahasa. Malah yang jelas menyebabkan pelanggan lari adalah kerana pelayan berlaku ’biadab’ terhadap pelanggannya.
Monday, July 5, 2010
Ramlee Wahab: O G O N S H O T O
(Penobatan SN Dato' Dr.Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan ASEAN: 24/12/2002
jam 8.30 mlm, Bilik Mahkota 3, Hotel Istana, Kuala Lumpur)
Kali pertama bersama Pengarah Bahasa ke Hotel Istana
Dato 'Dr.Anwar diraikan dalam kebangaan bangsa berbahasa
Anugerah S.E.A Write Award 2002 menjulang nama negara
Termeterai, Ogonshoto naratif magnum opus sastera Malaysia.
Bab Pertama:
'Kolonial' berupa Presiden menghalalkan tipu muslihatnya kekal
berkuasa - kuasa kuku besinya.
Bab Kedua:
"Jeneral' bersara menjadi mengsa adikong-adikongsi adikuasa -
sang Presiden gila kuasa.
Bab Ketiga:
'Penyamaran' pabila rasa curiga berleluasa terhadap pesuruh-
pesuruhnya - sang Presiden turun padang menghapuskan petualang.
Bab Keempat:
'Aisberg' bukti dangkal keilmuwan sang Presiden dan orang-orang
suruhan mendapat habuang keuntungan - ketaksuban Presiden
mempercayai teori menjadi realiti.
Bab Kelima:
'Mainan' suatu kebalikan sejarah permainan akhirnya memakan diri
sianak tiri - pemangsa menjadi Presiden tatkala bulan gerhana.
Bab Keenam:
'Pentafsir' menafsir kejadian-kejadian aneh - bangkai paus biru
dan debu gunung berapi petanda malapetaka - refleksi keangkuhan
sang Presiden tidak mengendahkan amaran.
Bab Ketujuh:
'Hering' paparan kelicikan politikus muda; membunuh pemberontak
tua dan memperdaya gadis menjadi gundiknya - kematiannya, tidak
anunya bukti kerakusan nafsu kebinatangan.
Bab Kelapan:
'Jari' mirip pancingan pemerintah kepada rakyat perihal kritikan
secara terbuka - hegemoni keras dan lunak jarum berbisa sang Presiden.
Bab Kesembilan:
'Kamera' rakaman peristiwa pembunuhan abang - ciptaan membawa
malapetaka kepada penciptanya.
Bab Kesepuluh:
'Bahtera' penyelamat orang-orang tanpa dosa - Epilog: Tsunami
nostalgia Noor terhadap desanya di Malaya.
Sembilan pasang mata menghala ke ruang meja
Menghadap beberapa 'course' hidangan berselera
Sambil menikmati deklamasi puisi, baca naskhah
Segmen teater, ucapan watikah pemenang anugerah.
S.E.A Write Award anugerah impian semua
Penulis mapan, penulis muda juga sarjana
Memartabat bahasa serta memperkasa sastera
Dari dalam negara hingga pelusuk nusantara.
Naratif Ogonshota dikesani mempunyai kepuitisan rima bentuk puisi tradisional seperti petikan
berikut:
Dia tinggalkan Tatamanu.
Dia tinggalkan mayat itu.
Dia tinggalkan empat wanita berpakaian serba hitam.
Dia tinggalkan kesibukan beberapa orang petugas yang segera membawa mayat itu ke krematorium.
(Terjemahan Bahasa Inggeris)
She left Tatamanu.
She left the corpse.
She left the four women dressed in all black.
She left a number of busy workers who immediately brought the corpse to the crematorium.
1. Gaya Bahasa - Pengulangan berupa Anafora (kata pada awal baris puisi)
Dia tinggalkan................
Dia tinggalkan................
Dia tinggalkan................
Dia tinggalkan................
2. Gaya Bahasa - Pengulangan berupa Epifora (kata pada akhir baris puisi)
..................Tatamanu
..................itu (a)
..................hitam (b)
..................kremator
Penulis sememangnya terbawa-bawa teknik ini dalam dunia penulisan cereka kerana beliau
juga pernah menulis puisi dan artikel mengenai puisi juga seperti berikut:
1. Kuala Lumpur - Gapena, KL
2. Kuntum Pertiwi I, II dan III - DBP
3. Tercipta dari Tanah - Media Intelek
4. Puisirama Merdeka - Pena, KL
5. Sinaran Permata - DBP
6. Puisi Bahasa Melayu -DBP.
Sunday, July 4, 2010
Menjemput lwn. Mengajak; Hendak dan Tanpa Hendak
Pada minggu hadapan adinda ipar saya Haji Ariffin dan isterinya Hajah Rosma akan mengadakan kenduri menyambut menantu. Saya ditugaskan menjemput beberapa orang kenalan dan kenamaan di Janda Baik. Jiran saya Haji Jamil dan isteri beliau Hajah Halimah mengajar saya berbahasa.
Kata mereka, "Apabila menjemput orang kampung di Janda Baik bagi menghadiri kenduri-kendara, terutama sekali kenduri kahwin, gunakan perkataan 'mengajak' bukan 'menjemput.' Kita mengajak mereka, dan tidak menjemput mereka. Letihlah kita pergi menjemput orang sekampung!!! Ya tidak ya juga!
Kedua, kata mereka, dan ini sangat penting, janganlah berkata "Saya hendak mengajak Tuan .... Jikalau kita hanya "hendak" mengajak, itu bermakna Tuan belum lagi mengajak. Baru "hendak" mengajak, oleh sebab itu kita belum "mengajak." Orang tidak akan datang! Sebutlah "Saya mengajak Tuan ..... seisi keluarga ..."
Betul juga. Rupa-rupanya, ada banyak gaya bahasa yang saya belum tahu!
Siapakah Natrah atau Maria Hertogh?
Cintamu Natrah

Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi
Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati
Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi
Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.
Puisi: Fatini & Ahmad
Lagu: Ahmad Ramli
Sumber: http://puisiahmadramli.blogspot.com/2010/05/cintamu-natrah.html
KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA KEDUA / ASING
Ucapan anak Najib dalam Mandarin dapat pujian
2010/07/03
Universiti di Beijing iktiraf kebolehan usaha gigih ‘Ji Ping’BEIJING: Kursus lanjutan selama tiga minggu di Beijing Foreign Study University (BFSU) membawa hasil kepada Norashman Razak, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila membuat satu ucapan dalam bahasa Mandarin yang mengagumkan guru dan rakan pelajarnya.
Selain sebutan yang betul, Norashman juga menggunakan banyak ungkapan dalam ucapannya itu pada satu majlis tamat kursus, semalam. Hadir sama pada majlis itu, Datin Seri Rosmah Mansor.Dengan diberi gelaran nama Cina, Ji Ping, beliau mendapat pujian Presiden BFSU, Prof Chen Yulu kerana usaha gigihnya ketika mengikuti kursus berkenaan. Norashman juga menerima sijil dan diiktiraf sebagai alumni universiti itu."Walaupun saya hanya berada di sini selama tiga minggu, penguasaan bahasa Mandarin saya meningkat dengan banyak sekali. Bukan saja saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, saya juga banyak belajar mengenai budaya Cina dan masyarakat Cina di sini," katanya dalam ucapan itu.
Norashman berkata, ketika pengajiannya selama tiga tahun di Amerika Syarikat, beliau sekadar berpeluang bertutur bahasa Mandarin ketika dalam kelas dan kurang menggunakannya di luar.
"Mandarin adalah satu bahasa yang perlu ditutur selalu, jika tidak kita akan lupa menyebut perkataan dengan intonasi yang betul. Intonasi yang tidak betul membawa maksud lain pula. Di BFSU, saya mendapat peluang terbaik untuk berlatih bercakap kerana saya mempunyai ramai kawan Cina dan pelajar Malaysia," katanya.
Beliau berkata, penguasaan bahasa Mandarin oleh pelajar dari Malaysia di sini amat baik walaupun mereka baru setahun mempelajarinya. Baginya, tempoh tiga minggu itu agak singkat dan berharap dapat kembali ke BFSU untuk mengikuti kursus lanjutan.
Hasrat Norashman disokong ibunya yang berkata, Najib bersetuju agar Norashman mengikuti kursus selama sebulan di BFSU tahun depan.
"PM cadangkan Norshaman datang balik selama sebulan tahun depan, selain untuk sama-sama menyambut ulang tahun ke-70 BFSU sebagai alumni," kata Rosmah sambil menambah Najib mahu Norashman menguasai bahasa Mandarin supaya beliau (Najib) dapat berkomunikasi lebih baik dengan masyarakat Cina di Malaysia. – BERNAMA.
Kamus Bahasa Asing - Bahasa Melayu Terawal (Bhg. 1)
Setakat yang telah dikaji oleh sarjana, kamus terawal bahasa asing-bahasa Melayu ialah kamus yang merupakan daftar kata bahasa Cina-bahasa Melayu yang dipercayai telah disusun dalam abad ke-15. Pada tahun 1930-an, sarjana Inggeris E.D. Edwards dan C.O. Blagden menghasilkan tulisan yang berjudul "A Chinese Vocabulary of Malacca Words and Phrases Collected between A.D 1403 and 1511(?)". Menurut mereka, penyusunan daftar kata itu berlangsung dalam tempoh bermulanya hubungan rasmi antara Dinasti Ming dengan Empayar Melaka pada 1403 (tarikh ini tidak mengambil kira temuan terbaharu kajian yang menyarankan abad ke-13 sebagai permulaan Kerajaan Melaka) hingga Melaka jatuh di tangan Portuis pada tahun 1511.
Kamus itu disusun untuk memenuhi keperluan pegawai kerajaan Dinast Ming mempelajari bahasa Melayu dalam rangka penjalinan hubungan dengan Kerajaan Melaka. Maka itu judulnya apabila diterjemahkan berbunyi "Senarai Perkataan Negeri Melaka". Kamus itu terbit 100 tahun lebih awal daripada kamus Itali-Melayu susunan Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Daripada segi jumlah entri, kamus Cina-Melayu berjumlah 482 patah kata, sementara kamus Itali-Melayu hanya berjumlah 426 patah kata. Kamus Cina-Melayu itu aktif dalam hal penggunaannya dan bertahan hingga abad ke-15, berdasarkan bukti bahawa pada tahun 1550 kamus itu masih disemak oleh pegawai bahasa (Tong Shin) yang bernama Yang Lin.
Entri yang terkandung dalam kamus itu dapat dibahagi kepada 17 kategori, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, Haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, barang emas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, hitungan, dan umum.
1. Entri Kategori Astronomi
an la - Allah (langit, udara)
ha li - hari
bu lan - bulan
anyin - angin
ya wan - awan
gu lu - guruh
wu zhan - hujan
an la de du - Allah (udara) teduh
an ben - embun
bin yin dang - bintang
ha sa - asap
bin dang du zhu - bintang tujuh
gan bi da - ? (kabut)
bang gu ning - mambang kuning
an la ge lan - Allah (langit) kelam
an la xi dan - Allah (langit) hitam
an la ding yin - Allah (udara) dingin
ba na en (si?)
an la - panas Allah (udara)
ma lao - kemarau
li an yin - (bertiup?) angin
an yin dau fan - angin taufan
an yin busa - angin besar
an yin ge zhi - angin kecil
se ju anyin - sejuk angin (angin sejuk)
an yin bulunti - angin berhenti
an yin labu - angin labuh
an yin zhe xia - anginjahat
an yin gu du - angin?
an yin bu yi - angin bunyi (bunyi angin)
wu zhan bu sa - hujan besa
wu zhan ge zhi - hujan kecil
wu zhan xin ni - hujan seni
wu zhan du lun - hujan turun
wu zhan la ma - hujan lama
ya wan de li
(liang?) - awan terang
ya wan de ji
(lang) - awan terang
ya wan de li
(bang) - awan terbang
bu lan ba lu
nai - bulan baru naik
ma su bu lan - masuk bulan
de lang bu lan - terang bulan
de yin bu lan - ? bulan
deng jia bu lan - tengah bulan
ha li ge lu - (mata)hari keluar
ha li ma su - (mata)hari masuk
bing yin dang
ge lu - bintang keluar
ha li xi yang - hari siang
ji lan - kilat
[Bahagian (2) akan memaparkan senarai kata atau entri bidang-bidang lain yang terdapat dalam kamus tersebut. Sumber rujukan utama makalah ini ialah buku Liang Liji, 1996. Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, Kuala Lumpur: Penerbit UKM ]
The 30 Referees of World Cup 2010
Europe
Olegario Benquerenca, Portugal
Massimo Busacca, Switzerland
Frank De Bleekere, Belgium
Martin Hansson, Sweden
Viktor Kassai, Hungary
Stephane Lannoy, France
Roberto Rosetti, Italy
Wolfgang Stark, Germany
Alberto Undiano Mallenco
Howard Webb, England
South America
Carlos Amarilla, Paraguay*
Hector Baldassi, Argentina
Jorge Larrionda, Uruguay
Pablo Pozo, Chile
Oscar Ruiz, Colombia
Carlos Simon, Brazil
Asia
Khalil Al Ghamdi, Saudi Arabia
Ravshan Irmatov, Uzbekistan
Subkhiddin Mohd Salleh, Malaysia
Yuichi Nishimura, Japan
Africa
Mohamed Benouza, Algeria*
Koman Coulibaly, Mali
Jerome Damon, South Africa
Eddy Maillet, Seychelles
North, Central America and Caribbean
Joel Aguilar, El Salvador
Benito Archundia, Mexico
Carlos Batres, Guatemala
Marco Rodriguez, Mexico
Australia and South Pacific
Michael Hester, New Zealand
Peter O’Leary, New Zealand
Source: Yahoo!/AP
*Carlos Amarilla and Mohamed Benouza will not be refereeing as their assistants failed the pre-World Cup fitness test. Martin E. Vazquez Broqueta of Uruguay has been called up as a replacement.
source:http://www.worldcupblog.org/world-cup-2010/the-30-referees-of-world-cup-2010.html
Friday, July 2, 2010
Mak & Abah: 2 July 1958 - 2 July 2010

Today marks Mak & Abah's 52nd anniversary. The attached photo was taken one year before I was born. It was taken in Baling in 1963. Abah was stationed in Kroh at the time, now Pengkalan Hulu. Abah always took Mak to Baling when he got back from his 'masuk hutan' operations.
A couple of years ago, I took Mak and Kak Ani to visit the police station where Abah was based. I was too little to recall my life there, and had to depend on what Mak and Abah's had told me. I always joke with my friends that Kroh was the placed I was conceived. Would not dare confirm with Mak on this. So I just guess.
Abah will be very happy if he had the chance to visit this station and Kroh. It turned out that the road in front of Kak Ani's house was the only way to get to-from Kroh from-to the station. What a fate! Allah is indeed The Greatest. And I thank Him for allowing me to know Kak Ani and her family. Small world indeed.
March 3, 1964 - Mak and Abah had their first child, after close to six years of marriage. Abah named me 'Radiah'. I am thankful for this somewhat rare spelling in my name. As far as I can remember I was the only Radiah in primary and secondary schools. Most individuals would have the spelling 'Radziah', 'Raziah', 'Rodiah', or 'Rodziah'. I think this is also the reason why i can use 'radiah@usm.my' as my username for my official email address.
However, among family members and friends, I am known as Odi. I asked Mak how I got this shorter version, after some not so nice people back in school taunted me of glamorizing my name as in Ogy Ahmad Daud. Here was Mak's response:
"Masa Odi kecik, Odi baby dulu, Mak ngan Abah rajen ngagah Odi - Di, oooooooooooo Di. Jadi bila Odi dah pandai bercakap, Odi ingat yang tu nama Odi, Odi bahsakan Odi gitulah... Budak-budakkan suka ngikut cakap orang tua. Lepas tu, terus melekat jadi Odi." One must read this in the Muar dialect ye. Mak was born and grew up there till she was married to Abah at the age of 18.
Another thing that I always found fascinating beside how I became Odi was how Mak had to address Abah as Abah. Before I was born, Mak had been addressing Abah as Usop. After I learned to pick up the language, I also addressed Abah as Usop. So Mak and Abah had to put a stop to this. Knowing that I loved to imitate, Mak changed the way she addressed Abah. She started addressing Abah as Abah, and not long after that I too started addressing Abah as Abah.
I love the way Mak and Abah addressed each other till now. Mak used 'Noli', rather than 'Nor' - the name known to her family and relatives in Muar and Melaka - when she spoke to Abah. Pretty modern for a woman of her generation, don't you think so. Abah actually chose 'Noli' so that the name will be different from the usual 'Nor'. So, even now all relatives, except Mak Long, Pak Long and Atuk, would not know who 'Noli' is.
And in my case, the first time someone asked 'Ini rumah Nor ke?', my answer was 'Tak ada orang nama Nor sini. Salah rumah."
As for Abah, he would address himself to Mak as 'Usop', not 'Abang', or any other terms of endearment. But the way he said, it was so 'manja'. Example 'Usop nak kluo ni, Noli nak pesan apa." And Mak would like "Abah beli ....". Abah was very 'garang' to the 'anak-anak', but when he said 'Usop' to Mak, the 'garang'ness in his voice just faded away.
Abah also loved to hold Mak's hand when they walked together even on the last few days of his life. I always told my students about this. Quite a number of couples these days can only be seen holding hands during their courtship or in the early stage of marriage. And by the time they reach a certain stage in their relationship, they tend to drift apart. But not in Abah and Mak's case. When I took them out, to the pasar, to the Lake Garden, to the kedai, I would always observe Mak and Abah's body language and just smile. And 100% of the time, it was Abah who would make the first move to hold Mak's hand.
My cousin who once saw this during one of our balik kampung trips asked Mak directly - "Macam mana Ngah buat Pak Ngah. Mak ngan Abah tak macam tu pun. Mak tua dua tahun je ngan Ngah. Tapi Ngah ngan Pak Ngah mcm org masih bercinta je.. Abah ngan Mak...(sigh)" I could not remember the whole words Mak said, other than - "Ngah ngan Pak Ngah memang macam tu dari dulu..."
I once asked Abah why Abah "suka pegang tangan mak bila jalan sama-sama"....Smiling he said: "Bukan senang Abah nak dapat Mak...". I can understand this...Abah always told his life stories: "Abah orang susah, sekolah sampai darjah tiga. Hitam, comot, berkilat. Nak makan pun kena cari sendiri".
As parents, Mak and Abah, like any other parents, wanted their children to be better than them. Education is very important in my family. I started to read rather young at that time, for my generation that is. Mak and Abah had me read this one English book for Std 1 class when I was 4 years old. I cannot recall the name of the book. All i can recall was there were lots of pictures, and when it came for me to say 'W' when spelling out loud, the pronunciation was this 'dabal U'. Mrs Zainal had to correct me on this, and I said to her: "Bapa saya ajar sebut 'dabal U' cikgu, bukan 'double U'.
Then when I reached Std 2, Abah and Mak started buying Utusan Melayu for Malay and New Straits Times for English. My adik-adik and I had no choice but to study 'bagai nak rak' Jawi and English. Thank God Collins had English-Malay-English dictionary. Although Abah cannot read English, he would asked all of us to describe the main story in NST. He would also made us read Utusan Melayu aloud. And when one of us made a mistake. s'iaaaapppppp... that was the sound of the rotan, and for a few seconds you had no idea who got hit even if it was you yourself... Only after your brain realized the effect, you shouted - Sakeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttt... 'dalam hati' only.
Because of this, I managed to use English, and read and write Jawi, rather well. True, my English will never reach native level, but at least I can communicate with my friends who use the language. And as Mak, Abah always said "cakap orang putih".
Beside the fear of getting rotan, we had to learn Jawi for another reason. Jawi was the secret code for Mak and Abah. They would spell so very, very, very fast even Usain Bolt cannot overtake them. So far, what I could catch was 'te lam wo re' for 'telur'. The rest just passed me like speeding bullets. And by the time they finished spelling, we the kids were like ..."apa Mak, Abah cakap ni?"
Mak and Abah's view was that all the children must be able to read and write in Malay - Jawi and Rumi - and English if we want to be better than them in life.
These were just some small bits and pieces of my life with and observation on Mak and Abah. They are many, many more which I would like to share with my nephews, nieces, other relatives, and friends if time permits, InsyaAllah.
If I, their child, do not take time to document their life, who will, right? To my friends who take time to read this note, thank-you. And you must also have realized that this is one of those rare moments Odi writes using the full spelling and not her favorite text spelling.
Selamat Hari Ulangtahun Mak, Abah! Semoga Odi dan adik-adik serta cucu-cucu Mak, Abah dapat terus merayakan ulangtahun Mak, Abah.
Odi
Thursday, July 1, 2010
Bahasa Baku dalam Filem dan Drama
Petikan dari:
Roger Moore laments the demise of the Queen's Englishs
Roger Moore says actors who speak properly are now disadvantaged.
Published: 10:25PM BST 27 Jun 2010
Few, if any, actors speak the Queen's English as beautifully as Sir Roger Moore, but the former James Bond star believes that if he were starting out now in his profession it would prove a handicap rather than a help.
"You have to have a regional dialect to get anywhere these days," says Sir Roger, 82. "Deborah, my daughter, complains she is always being turned down for parts because she is not regional in her speech, which is a great pity.
"I think it is probably the fault of television. You don't hear what we used to call 'West End actors' voices' on series like Holby City, Casualty and The Bill. I notice, too, on the children's programmes they are all talking 'a bit like that,' and that's encouraging the next generation to talk in this so-called 'estuary English' we have now.
"I think it is sad that proper English is disappearing. I don't see why it went out of fashion."
date of access: June 30, 2010
Tugas:
1) Sir Roger Moore sedih dengan keadaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelakon Inggeris, seperti yang telah tertera dalam petikan akhbar di atas.. Bagaimana pula dengan keadaan bahasa Melayu dalam kalangan pelakon Malaysia? [Nota: Anda boleh mendapatkan maklumat sokongan dari rancangan bualan yang disiarkan di TV percuma dan berbayar. Anda juga boleh menggunakan rancangan bualan yang telah dimuatnaik di youtube.]
2) Adakah bahasa Melayu baku wujud dalam filem dan drama tempatan? Ya atau tidak. Bincangkan pilihan anda dengan mengemukakan contoh dari lima filem dan drama tempatan yang pernah disiarkan mulai 2008.