Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma ini, menjadi amalan sesama kita untuk menghantar kad ucapan kepada mereka yang kita kenali atau kasihi.
Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan agar anda yang belum menghantarkan kad ucapan supaya memulakan amalan menghantar ucapan secara maya melalui 'e-card', facebook, atau ruang komen paparan ini sebagai alternatif yang lebih mesra alam.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan batin. Semoga anda semua selamat tiba ke destinasi untuk bertemu mereka yang dirindui, dan semoga anda semua selamat kembali ke USM dengan anggota tubuh badan yang mencukupi, dan tidak kurang walaupun sejari.
Berhati-hati di mana-mana kerana anggota polis bertugas 24 jam dengan kamera jarak jauh*^_^*. Ingat, RM300 itu lebih baik digunakan untuk orang tersayang.^_~
radiah