Showing posts with label semantik. Show all posts
Showing posts with label semantik. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Semantik dan Pragmatik: contoh kejituan atau ketepatan pilihan kata dan makna

Abu Alex diri cukup hairan dengan sebilangan karyawan yang masih guna kataan "jika" dan "kalau" bila merujuk pada kematian; al-maut bukan "sama ada", ia sudah Allah janjikan pada kita sebaik kita dilahirkan, bangun tidur sahaja setiap saat kita berpeluang untuk mati.. karyawan tak usah guna "gula" dalam berkarya, boleh beri penyakit pada khalayak.


jika jasad kelu kaku.."

"kalau Tuhan menjemput.."

bila.. kan lebih sesuai.

Berikan pendapat anda tentang penggunaan 'jika', 'kalau', dan 'bila' seperti yang diajukan oleh Sdr Abu Alex. Justifikasi perlu disokongi oleh definisi kamus dan penggunaan sebenar kata-kata ini dalam konteks lain.

Wednesday, June 30, 2010

OPERA SUTRADARA - Ramlee Wahab

OPERA SUTRADARA
(Sempena Forum Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama-DBP)

Sinema Sutradara
Swadaya, Swakarya, Swaminda.

Gambarkan: pergolakan kehidupan insan
Erotik, Neurotik, Sadistik, Mistik.

Adunkan: kesenian, kebudayaan, kemanusiaan
Dramatik, Episodik, Didaktik, Saintifik.

Lakonkan: perlakuan, pergolakan, perleraian
Estetik, Artistik, Klasik, Romantik.

Tontonkan: hiburan, pengetahuan, pengajaran
Konflik, Intrig, Slapstik, Bombastik.

Audien Setia
Pekak, Bisu, Buta.

sumber:http://www.facebook.com/notes/ramlee-wahab/opera-sutradara/403960289122
tarikh capaian: 30 Jun 2010.

Soalan:

1) Kenal pasti dan senaraikan kata pinjaman dalam karya di atas.

2) Nyatakan bahasa sumber untuk kata pinjaman yang dikenal pasti dalam (1), dan golongkan kata pinjaman ini mengikut bahasa sumbernya. Berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.

3) Bincangkan perbezaan dan persamaan cara sebutan bentuk sumber dan bentuk sasaran untuk kata pinjaman dari karya di atas. Anda boleh sertakan rumus morfofonemik, jika mahu.

5) Bincangkan perbezaan cara mengeja kata pinjaman ini dengan cara mengeja kata asalnya. Anda boleh sertakan rumus morfografemik, jika mahu.

6) Senaraikan, dalam bentuk jadual, morfem bebas dan morfem terikat yang terdapat dalam karya di atas.

7) Selain dari peminjaman, jelaskan proses pembentukan kata lain yang diperlihatkan dalam karya ini. Pastikan anda sertakan rajah pohon pada tahap struktur dalaman dan rumus morfografemik dalam penjelasan anda.

8) Berikan makna denotasi untuk setiap perkataan dalam karya ini. Dan jelaskan kepentingan mengetahui makna denotasi dan makna konotasi dalam karya ini.

Senaraikan rujukan yang anda gunakan untuk menjawab soalan-soalan ini. Gunakan sistem MLA atau APA. Rujuk OWL Purdue di http://owl.english.purdue.edu/