Tuesday, December 14, 2010

Suri Teladan vs Contoh yang Baik

Cari dan senaraikan ungkapan-ungkapan yang digunakan oleh Za'ba tetapi tidak popular lagi penggunaannya di masa kini. Berikan justifikasi kepada ketakpopularan ini.

Rujuk artikel Prof Awang Sariyan di bawah sebagai pencetus idea untuk tugas ini.



Perihal "Suri Teladan"

Daripada manakah timbulnya kata suri teladan yang Prof. gunakan dalam tulisan? Saya tertarik oleh penggunaan kata itu.

Penjelasan:

Ungkapan suri teladan telah ada dalam bahasa Melayu sejak lama tetapi sudah kian jarang digunakan atau tidak diketahui oleh kebanyakan pengguna bahasa. Pada hemat, saya konsep role model dalam budaya Barat yang digunakan dalam bahasa Inggeris itu sama sahaja dengan suri teladan dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, ungkapan itu diberi makna 'contoh yang baik (yang patut ditiru)'.

Tambahan pula, konsep suri teladan dalam bahasa Melayu bersandarkan nilai-nilai yang bertunjang pada agama. Contoh yang baik dalam budaya Melayu didasarkan pada ukuran baik menurut syarak, sedang contoh yang baik dalam budaya bukan Islam lebih berdasarkan akal atau adat kebiasaan semata-mata.

Baiklah diusahakan pengenalan dan pembiasaan penggunaannya dalam media am, baik media cetak mahupun media penyiaran. Wallahu a`lam.

~Kembara Bahasa~
13 Disember 2010


sumber asal:

No comments:

Post a Comment