Tuesday, December 21, 2010
Friday, December 17, 2010
DBSK / 동방신기 / TVXQ - Balloons Live
la canción es en coreano. pero los subtítulos son en español. perfect for contrastive analysis....
Labels:
analisis kontrastif,
HMT329 2010/2011
Carian Bahan Analisis Kontrastif di Internet
- Senaraikan 20 bahan dari internet yang menghuraikan topik 'analisis kontrastif' bahasa-bahasa di dunia menggunakan (i) bahasa Melayu / Indonesia atau (ii) bahasa Inggeris. Gunakan sistem bibliografi MLA atau APA. Berikan persamaan dan perbezaan untuk 20 bahan ini dalam bentuk peta minda.
- Senaraikan 20 bahan dari internet yang menghuraikan topik 'tipologi' bahasa-bahasa di dunia menggunakan (i) bahasa Melayu / Indonesia atau (ii) bahasa Inggeris. Gunakan sistem bibliografi MLA atau APA. Berikan perbezaan dan persamaan untuk 20 bahan ini dalam bentuk peta minda.
Rujuk OWL Purdue http://owl.english.purdue.edu/ untuk cara penulisan bibliografi.
untuk penghasilan peta minda.
Labels:
analisis kontrastif,
HMT329 2010/2011
PENJUAL GADIS <> SALESGIRL
(i) terjemahan - (a) morfologi (b) sintaksis dan (c) semantik -, dan
(ii) pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan.
Labels:
analisis kontrastif,
HMT329 2010/2011
Tuesday, December 14, 2010
Suri Teladan vs Contoh yang Baik
Cari dan senaraikan ungkapan-ungkapan yang digunakan oleh Za'ba tetapi tidak popular lagi penggunaannya di masa kini. Berikan justifikasi kepada ketakpopularan ini.
Rujuk artikel Prof Awang Sariyan di bawah sebagai pencetus idea untuk tugas ini.
Perihal "Suri Teladan"
Daripada manakah timbulnya kata suri teladan yang Prof. gunakan dalam tulisan? Saya tertarik oleh penggunaan kata itu.
Penjelasan:
Ungkapan suri teladan telah ada dalam bahasa Melayu sejak lama tetapi sudah kian jarang digunakan atau tidak diketahui oleh kebanyakan pengguna bahasa. Pada hemat, saya konsep role model dalam budaya Barat yang digunakan dalam bahasa Inggeris itu sama sahaja dengan suri teladan dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, ungkapan itu diberi makna 'contoh yang baik (yang patut ditiru)'.
Tambahan pula, konsep suri teladan dalam bahasa Melayu bersandarkan nilai-nilai yang bertunjang pada agama. Contoh yang baik dalam budaya Melayu didasarkan pada ukuran baik menurut syarak, sedang contoh yang baik dalam budaya bukan Islam lebih berdasarkan akal atau adat kebiasaan semata-mata.
Baiklah diusahakan pengenalan dan pembiasaan penggunaannya dalam media am, baik media cetak mahupun media penyiaran. Wallahu a`lam.
~Kembara Bahasa~
13 Disember 2010
sumber: http://www.facebook.com/notes/kembara-bahasa/soal-jawab-bahasa-10-suri-teladan/183736648303634
sumber asal:
Labels:
HMT329 2010/2011,
Prof Awang Sariyan
Subscribe to:
Posts (Atom)